Active WebCam software for IP or USB camera

Kamis, 17 Maret 2011

Fungsi BLOG ...(lanjutan)

Beberapa Fungsi dan Kepentingan Blog
1. Personal Blog
Blog yang digunakan sebagai tempat untuk meletakkan pendapat pribadi, dan yang berkaitan dengannya. Biasanya digunakan sebagai satu diari untuk digabung bersama rekan-rekan dan mereka yang ingin mengenali diri seseorang itu. Pendapat dan Judul pada blog tersebut berkisar tentang aktiviti harian, hobi, gambar. Selain itu, personal blog juga digunakan sebagai tempat untuk memberikan pendapat dan pandangan masing-masing berkaitan dengan sesuatu Judul. Ada juga yang menulis rasa tidak puas hati mereka, dan mengkritik terhadap sesuatu perkara.

2. Blog Untuk Perniagaan
Blog yang digunakan untuk tujuan perniagaan. Digunakan sebagai tempat mempromosikan dan memasarkan produk atau jasa yang anda jual. Berkaitan dengan isi kandungan sesuatu produk atau jasa, manfaat dan kelebihan produk tersebut serta penerangan yang berkaitan dengan produk dan jasa yang diberikan.

3. Blog artikel
Blog yang berkaitan dengan sesuatu kandungan, artikel dan panduan tertentu. Pelbagai artikel yang boleh ditulis dalam blog ini termasuklah artikel berkaitan dengan perniagaan internet, pemasaran, komputer, internet, teknologi telekomunikasi dan sebagainya. Sebenarnya blog jenis ini juga boleh anda gunakan sebagai tempat untuk promosi produk anda atau produk affiliate yang anda sertai.

4. Blog untuk iklan produk atau perkhidmatan
Blog yang ada kaitan dengan jenis blog yang kedua dan ketiga. Ini karena ia digunakan ada kaitan juga dengan perniagaan. Namun ia lebih kepada tujuan iklan sesuatu produk dan jasa yang anda jual. Terdapat banyak bentuk pengiklanan dan tujuan pengiklanan di Internet. Selain untuk iklan produk dan jasa anda, anda juga boleh meletakkan iklan produk~affiliate yang anda sertai. Satu lagi bentuk pengiklanan yang mudah dan boleh menghasilkan pendapatan ialah menyertai program pengiklanan “google~adsense” dan“adbrit~e”.

Jika dilihat daripada semua jenis blog yang dibincangkan di atas, dapat dilihat blog yang pertama dengan blog kedua, ketiga dan keempat jauh berbeda. Jadi mau milih yang mana untuk blog anda????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar